TRANSLATE YOUR LANGUAGE HERE
(click any flag and from there convert to your favourite language)

Testimoni email dari Pengguna Noni Enzime


Saya telah membaca satu email dari kiriman pengguna enzim yang ditunjukan kepada saya (rahmadmega) yang menceritakan pengalaman beliau memberi noni kepada anak beliau.berikut saya sertakan keratan email tersebut untuk tatapan semua...


Assalamualaikum…

Pertama sekali saya meminta maaf atas testing email yg saudara terima dulu..mulanya saya ingin menghantar coretan pengalaman mengenai noni tetapi tidak dapat dihantar kerana masalah perisian.

Berbalik pd kisah sy,sy merupakan penjawat awam berusia 27 thn dan pengguna setia noni bsy. Semasa sy melayari web utk produk ini, saya tak sangka kerana peneraju utama noni ini adalah orang melayu, iatu saudara sendiri dn yg paling istimewa  saudara merupakan bekas penyanyi yg terkenal di Malaysia, Mega. Sy juga meminati lagu saudara terutama sekali lagu2 sekitar 80-90an. syahdunya…

Saya mengenali noni melalui babysitter sy. Ketika itu anak saya yg berusia 2 bulan mengalami penyakit bisul yg serius di belakang kepalanya dn ini membuatkan dia meragam dan sukar tidur nyenyak. Ibu mana yg tak sedih apabila melihat bantal dia sentiasa dipenuhi nanah bisul yg pecah dan meronta2 menahan kesakitan.

Puas sy ikhtiar dn byk kali berjumpa doctor, namun penyakitnya reda sekejap saja. surut bisul lama keluar bisul baru pulak. Pada mulanya sy ragu2 akan keberkesanan noni ini tetapi memandangkan dia beria2 benar
menyuruh kami mencuba sy tidak menolak utk memberi pd anak.alhamdullillah,selepas beberapa minggu, bisulnya bertambah surut,  kulit kepalanya bersih dan anak sy tidak meragam lagi!!

Sehingga sekarang sy masih memberikan noni ini kpd anak  jika dia tidak sihat disamping memberi ubat doctor. Baru2 ini sy ada juga mencuba produk lain krn hrganya murah sedikit dr noni tetapi tidak berkesan kpd anak.Tambahan pula susah mencari dealernya pada masa tu. Tetapi skrg noni dah terjual dimana2..x perlu risau lg.

Sy doakan agar produk ini berkembang maju dan berjaya. Diharap jgnla diberhentikan pengeluarannya. Setakat ni sy gunakan utk anak saja dan kami suami isteri tak bercadang utk menjadi member noni..cukuplah sy menyokongnya saja dan menjadi pengguna setia.

Terima kasih kepada saudara Rahmat yg sudi membaca email sy ni. Sy rasa sungguh berbangga krn dapat berhubung dgn insan yg pernah menjadi pujaan peminat satu ketika dulu..kenapa xnak menyanyi lagi?..bukankah itu salah satu cara utk mempromosikan noni krn tidak ramai tahu wujudnya produk ini dan keberkesanannya.

No comments:

Post a Comment